Susahnya jadi seorang selebriti kerana kadangkala harus berdepan dengan pelbagai perkara berbahaya.
Terbaru, agensi telah berkongsi bahawa penyanyi dan pelakon IU telah berdepan dengan ancaman pembunuhan yang teruk.
Kongsi agensi,
Baru-baru ini, tahap keganasan terhadap IU telah melampaui batas. Ancaman pembunuhan terhadapnya telah diterima beberapa waktu lalu dan kami telah menghantar pihak berkuasa untuk membuat siasatan kecemasan ke bangunan EDAM, bangunan Kakao dan rumah artis.
Disebabkan kejadian ini pasti akan menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat dan boleh mencetuskan perhatian negatif yang tidak perlu, EDAM sangat memikirkan sama ada pengumuman ini harus dibuat. Namun sebagai mesej amaran keras terhadap si pelaku dan mengelakkan kejadian selanjutnya berlaku, kami memutuskan untuk memberitahu umum.
Tulis agensi lagi dengan menegaskan bahawa kawalan keselamatan kepada IU akan lebih ketat selepas ini,
EDAM Entertainment akan terus mengambil langkah terhadap ancaman itu dengan meningkatkan bilangan pengawal keselamatan yang ditugaskan kepada artis.
Semoga IU sentiasa selamat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.