Sangat bernasib baik buat Rosé..
Terbaru, BLACKPINK telah melakukan konsert jelajah dunia mereka di Jakarta, Indonesia. Ketika konsert sedang berlangsung, salah seorang ahli iaitu Rosé telah berdepan dengan situasi yang tidak dijangka, membuatkan ramai orang panik.
Pada ketika itu, penyanyi tersebut sedang mempersembahkan lagu solonya iaitu “Hard To Love”. Secara tiba-tiba, cangkuk di baju yang dipakai oleh Rosé itu terbuka dan hampir mendedahkan badannya.
Kemudian, Rosé bertindak dengan pantas dengan memegang bahagian depan bajunya itu dan meminta seorang penari untuk membantunya memasang balik cangkuk bajunya itu.
Sementara penari itu sedang memasang kembali cangkuk bajunya itu, Rosé tetap meneruskan nyanyian dan membuat persembahan dengan tenang. Walaupun dalam keadaan yang panik, penyanyi itu berjaya menarik perhatian penonton dengan suaranya dan bersikap profesional sepanjang kejadian itu berlaku.
#ROSÉ is so professional! She had a dress malfunction on the stage, but she still performed perfectly#BORNPINKInJakarta pic.twitter.com/8lUIVYdBNZ
— Popbela.com (@Popbela_com) March 11, 2023
Namun, masih ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka dan meminta penggaya BLACKPINK untuk beri lebih perhatian kepada pakaian pentas kumpulan tersebut bagi mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Antara komen yang ditinggalkan oleh peminat adalah,
Awak telah lakukan yang terbaik dan kepada penggaya BLACKPINK sila lakukan kerja dengan betul. Hampir terlucut baju Rosé.
Boleh tak penggaya BLACKPINK sekurang-kurangnya meletakkan pin keselamatan pada setiap pakaian hanya untuk tujuan keselamatan.
Tolonglah, saya berharap sangat penggaya BLACKPINK pastikan pakaian mereka dalam keadaan yang baik.
Fuh, nasib baik tak jadi apa-apa dekat Rosé..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily