Ikuti Kami:

“Ini Adalah Impian Saya!”- Beyoncé Luah Minat Ingin Kolaborasi Dengan Rosé BLACKPINK

“Ini Adalah Impian Saya!”- Beyoncé Luah Minat Ingin Kolaborasi Dengan Rosé BLACKPINK

Peminat pasti mengetahui bahawa BLACKPINK sudah bekerjasama dengan ramai penyanyi antarabangsa.

Terbaru, salah seorang ahli BLACKPINK iaitu Rosé, telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Vogue Hong Kong.

Khususnya ketika sesi temu bual, idola itu ditanya sama ada terdapat artis yang dia impikan untuk bekerjasama menghasilkan sebuah lagu, memandangkan BLACKPINK pernah berkolaborasi dengan penyanyi popular seperti Dua Lipa, Lady Gaga, Selena Gomez dan Cardi B. Rosé menjawab,

Saya fikir kerjasama seperti ini sentiasa boleh mewujudkan sinergi yang sangat baik. Tidak kira muzik atau aspek lain, semuanya adalah peluang untuk saya belajar banyak perkara. Sebenarnya artis yang paling saya kagumi ialah Beyoncé sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi penyanyi. Sebelum saya benar-benar menjadi penyanyi, saya menonton filem Beyoncé dan mula berfikir, ‘Saya mahu menjadi seperti ini’, jadi saya berlatih piano dengan sangat keras.

rosé blackpink

Kemudian, ahli BLACKPINK itu turut berkongsi tentang pertemuannya dengan Beyoncé di majlis ‘Tiffany & Co.’,

Untungnya, saya dapat menghadiri acara bersama-sama dengan Beyoncé kerana kami adalah duta jenama ‘Tiffany & Co.’. Ia satu penghormatan yang besar. Beyoncé  juga ada berkata pada saya, ‘Saya harap kita akan mengadakan kerjasama yang menarik bersama pada masa akan datang’, dan ini benar-benar kerjasama impian untuk saya! Saya sangat ingin menyanyi dengannya jika ada peluang!

Fuhh mohon jadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...