“Buat Hati Berbunga” – ‘The Sixth Sense 3’ Sokong Jessi & Lee Sangyeob Jadi Pasangan
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Nampaknya bukan peminat sahaja yang teruja dengan hubungan Jessi dan Lee Sang-yeop, malah pihak produksi “The Sixth Sense 3” juga tak mampu menyembunyikan sokongan mereka.
Terbaru, program itu telah berkongsi beberapa foto mereka berdua di laman Instagram rasmi mereka.
Tulis di foto itu,
Amaran. Jaga-jaga dengan pasangan ini. Sang-yeop an Jessi bertanggungjawab untuk foto belakang tabir kali ini.

Malah terdapat kaspyen ‘sweet’ mengiringinya,
Pertemuan pertama yang kekok tapi menyejukkan hati. Kami cepat rapat dan dari situ, kami menjadi kekasih.
Dalam gambar lain,
Kadang-kadang kita menyakiti satu sama lain, tapi kami adalah pasangan manis yang turut menyambut ulang tahun.
Pun begitu, setiap posting itu turut diselitkan dengan peringatan bahawa momen itu hanyalah untuk program sahaja.
Program hanyalah program, jangan salah faham.
Tolonglah jadi kenyataan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




