Ikuti Kami:

Ibu Beri Sokongan, Jessi Dedah Sebab Tak Boleh Bercinta Dengan Lee Sangyeob

Ibu Beri Sokongan, Jessi Dedah Sebab Tak Boleh Bercinta Dengan Lee Sangyeob

Dalam satu misi, para ahli perlu menghubungi rakan terdekat untuk meminta mereka meneka peribahasa yang diterangkan. Selepas Jo Se-ho dan kekasih Oh Na-ra, Jessi memilih untuk menguji ibunya.

Semasa sedang meneka, ibu Jessi dengan suara teruja meminta supaya Lee Sang-yeob yang menanyakan soalan kepadanya. Tanya Yoo Jae-suk,

Dengar cerita, awak sangat menyukai Lee Sang-yeob?

Jawab wanita tua itu,

Saya sangat menyukainya.

Malah mengatakan bahawa dia menyukai Lee Sang-yeob kerana personalitinya.

jessi lee sangyeob

Jessi kemudiannya menanyakan bagaimana ibunya mengetahui mengenai sikap lelaki itu. Jawab wanita tersebut,

Dia kelihatan seperti seorang yang sangat mesra.

Ibu Jessi sempat meminta Yoo Jae-suk supaya memerhatikan sama ada anaknya dan Lee Sang-yeob sesuai bersama.

Dalam satu misi lain, Lee Mi-joo mempersoalkan sama ada Lee Sang-yeob dan Jessi sedang bercinta kerana sikap mereka namun penyanyi itu menafikan sekerasnya. Jelas Jessi,

Kalau saya bercinta, saya sejenis yang akan memberitahu semua orang mengenainya.

jessi lee sangyeob

Dia turut mendedahkan sesuatu yang mengejutkan,

Lee Sang-yeob tidak menerima cinta saya. Dia ada banyak wanita.

Lelaki itu semakin terkejut apabila Jessi mengelarnya sebagai ‘buaya’.

Balas Kim Ji-suk bagi melindungi rakannya,

Saya kenal Lee Sang-yeob, dia seorang yang sangat setia dan hanya pandang seorang sahaja. Dia juga mudah terluka.

jessi lee sangyeob

Sepadan kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...