Sekian lama mendiamkan diri, nampaknya permohonan maaf Daud Kim sebelum ini hanyalah sandiwara semata-mata.
Ini berikutan dakwaan bahawa lelaki itu yang dikatakan berada di kelab malam di Turki baru-baru ini selain menari rapat bersama seorang wanita.
Seperti yang diketahui ramai, lelaki itu merupakan seorang penyanyi Korea yang memeluk Islam tak lama dulu dan popular sebagai YouTuber yang berkongsi kisah mengenai penghijrahan dan kehidupan hariannya.
Video yang dikongsikan di TikTok itu tular beberapa hari lalu dan terus hangat diperkatakan orang ramai.
https://www.tiktok.com/@ji.yeon0/video/7061485518218857730?_t=8PmYvpjEpKT&_r=1
Malah ada yang mendakwa bahawa lelaki itu ke Turki bagi melengahkan proses penceraian yang sedang berjalan di antaranya dan isteri, Mia.
Tak cukup dengan itu, wanita itu dikatakan berkongsi bukti di mana dia telah didera secara fizikal oleh Daud Kim.
Daud Kim just run away from his responsibility again. What’s worst? Mia has a second child = more commitment to bear alone (even though she get helps from her mom, but still..)
She give him a second chance, but he destroyed it just like that. Poor woman. pic.twitter.com/cGvWhkSGZg
— MCN Asia Entertainment MY (@AsiaMcn) February 11, 2022
Disebabkan oleh Mia yang baru sahaja melahirkan anak kedua mereka kini membuatkan ramai yang bersedih dengan nasib yang menimpanya.
Pernah dituduh cuba merogol seorang wanita ketika mabuk pada suatu masa dahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa geram kerana sikap Daud Kim yang nampaknya masih berubah. Sepertinya kisah dia memeluk Islam hanya digunakan sebagai publisiti namun dirinya masih lagi melakukan pelbagai perkara terlarang.
Macam-macam…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.