Ikuti Kami:

“Buat Berapa Kali Sehari” – Netizen Terkejut Dengar Soalan ‘Seksual’ Mijoo Pada Joo Woojae

“Buat Berapa Kali Sehari” – Netizen Terkejut Dengar Soalan ‘Seksual’ Mijoo Pada Joo Woojae

Topik seksual sebenarnya merupakan sesuatu yang jarang dibincangkan dalam program hiburan Korea.

Dalam episod terbaru “Witch Hunt 2023”, seorang individu meluahkan mengenai kerisauan tentang keinginan seksual yang berlainan dengan teman lelakinya. Jelasnya, dia dan teman lelaki sering teruja untuk melakukan seks pada awal hubungan mereka namun ianya semakin dingin kini. Adunya pada teman lelaki,

Oppa! Kawan saya cakap dia dan kekasihnya melakukan hubungan seksual sebanyak 8 kali. Awak tak rasa apa-apa ke? Awak hanya bersama saya seminggu sekali sahaja.

Balas teman lelaki itu,

Beritahu rakan awak supaya jangan merepek. Dia seperti melebih sahaja.

witch hunt 2023

Mendengarkan luahan individu berkenaan, ahli panel yang terdiri dari Shin Dong-yeop, Kim Eana, Code Kunst, Lee Mi-joo dan tetamu Dex telah berkongsi pendapat mereka. Kata Kim Eana,

Ianya mustahil.

Tanya Lee Mi-joo yang menghangatkan suasana,

Saya ingin tahu, berapa kali lelaki boleh buat seks dalam satu malam?

Jawab Joo Woo-jae tergagap-gagap,

Apa-apa lah.

Jelas Code Kunst,

Bergantung pada masa. Sekali biasanya normal tapi sejujurnya, 8 kali agak mustahil. Tapi jikalau saya nekad dan tak memberikan fokus pada kualiti seks, dan hanya beri perhatian pada rekod angka, mungkin boleh jadi.

Tambah Joo Woo-jae,

Buat sebanyak mana yang awak mahu.

witch hunt 2023

Balas Mi-joo pula,

Boleh ke awak buatnya secara terus meskipun awak dah lama tak buat aktiviti itu?

Balas Code Kunst,

Ianya mengenai kawalan. Saya mengawal mengikut kemahuan saya.

Akui Joo Woo-jae,

Ianya mengenai kawalan sendiri.

Dahsyat ya topik perbincangan mereka.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...