Tak semua orang memahami masalah yang dialami orang lain..
Sama seperti perbincangan Joo Woo-jae dan Sandara Park dalam episod terbaru ‘Today’s Joo Woo-jae’ di YouTube.
Ulas mereka mengenai kondisi badan masing-masing,
Orang kurus tak boleh naikkan berat walaupun mereka sangat berahrap.
Walau bagaimanapun, jelas ahli 2NE1 itu, dia berjaya menaikkan berat badan sebanyak 7kg semasa pandemik memandangkan dia berhenti bersenam dan menguruskan kehidupannya.
Pun begitu, Sandara mengakui bahawa dia sudah semakin kurus kini,
Saya sedang bekerja keras untuk menambah berat badan tapi nak tambah 1kg pun susah. Rahsia untuk menaikkan berat ialah dengan minum alkohol sahaja tanpa bersenam.
Mungkin ramai yang teringin ada masalah seperti mereka..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉