Ikuti Kami:

BTS, BLACKPINK & Ramai Lagi Tercalon Dalam Anugerah Di ‘MTV Video Music Awards 2022’

BTS, BLACKPINK & Ramai Lagi Tercalon Dalam Anugerah Di ‘MTV Video Music Awards 2022’

Dah tiba masanya untuk Anugerah Muzik Video 2022! Yay!

Tebaru, MTV secara rasminya mengeluarkan senarai calon yang layak memenangi anugerah bagi “2022 MTV Video Music Awards” tahun ini dan semestinya, beberapa kumpulan artis K-pop tidak terkecuali.

Siapa lagi kalau bukan kumpulan BTS yang tercalon dalam 4 anugerah setakat ini. Mereka tercalon dalam anugerah “Best K-Pop” yang mana mereka sudah pun meraih kemenangan sejak 3 tahun berturut-turut. Selain itu, mereka turut tercalon dalam anugerah “Best Choreography” “Best Metaverse Performance” , dan “Best Visual Effects”.btsSementara itu, BLACKPINK turut tersenarai dalam anugerah “Best Metaverse Performance” atas kolaborasi mereka bersama PUBG. Manakala, Lisa tercalon secara individual dalam anugerah “Best K-Pop”.

Bukan itu sahaja, sebenarnya ramai lagi kumpulan K-Pop yang turut tersenarai. Antaranya adalah SEVENTEEN yang tersenarai untuk tiga anugerah sekaligus iaitu, “Best New Artist”, “Push Performance of the Year”, and “Best K-Pop”.mtvNamun, kesemua kumpulan ini berentap untuk pencalonan anugerah “Best K-Pop” kerana kumpulan yang tersenarai ini semestinya memberikan saingan sengit. Kumpulan yang tersenarai adalah, BTS, ITZY, Lisa, SEVENTEEN, Stray Kids dan TWICE.

Wah, banyak kumpulan K-Pop terhebat tercalon nih! Korang rasa mereka akan menang anugerah apa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...