BTS sekali lagi membuktikan mereka sebagai kumpulan legend K-Pop!
Terbaru pada 26 November, majlis anugerah ‘2022 Melon Music Awards’ telah diadakan di Seoul, dan dihadiri ramai kumpulan seperti (G)I-DLE, ENHYPEN, IVE, LE SSERAFIM dan ramai lagi.
Meskipun tidak berpeluang menghadiri acara berkenaan, BTS telah berjaya membawa pulang 4 anugerah iaitu ‘Kumpulan Lelaki Terbaik’, ‘Anugerah Top 10 Melon’, ‘Bintang KakaoBank’ dan anugerah utama ‘Rekod Terbaik Tahun Ini’.
https://twitter.com/_BTSMomentsMp4/status/1596493089388236801?s=20&t=ZXHwG0hbhnBeNZD-RlNzOQ
Dengan pencapaian hebat ini, BTS telah mencipta rekod dengan menjadi kumpulan pertama merangkul anugerah Daesang selama 7 tahun berturut-turut di ‘Melon Music Awards’.
Tahniah BTS!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.