Tahniah! Cipta Sejarah Baru, BTS Berjaya Bawa Pulang 2 Anugerah Di ‘American Music Awards’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Tahniah BTS atas kejayaan baru mereka di ‘American Music Awards (AMA)’ baru-baru ini!
Pada 20 November, AMA telah mengumumkan BTS sebagai pemenang bagi kategori Artis K-Pop Kegemaran dan juga Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran.
Untuk pengetahuan, Artis K-Pop Kegemaran adalah kategori baru yang ditambah untuk AMA tahun ini, dan BTS adalah artis pertama yang berjaya merangkul anugerah berkenaan. Selebriti K-Pop lain yang turut dicalonkan untuk kategori itu adalah BLACKPINK, SEVENTEEN, TXT dan TWICE.
We won Favorite Pop Duo or Group and Favorite K-Pop Artist at the @AMAs tonight!
Thank you for all the love and support #BTSARMY!
Thank you #AMAs! pic.twitter.com/Unzko1OpZU— BTS_official (@bts_bighit) November 21, 2022
Apa yang lebih menakjubkan, BTS juga adalah artis pertama dalam sejarah ‘American Music Awards’ yang berjaya memenangi anugerah selama empat tahun berturut-turut di majlis tersebut.
Tahniah BTS!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




