Ikuti Kami:

“BTS Adalah Sebab Agensi Boleh Pergi Sejauh Ini” – Pengerusi HYBE Labels

“BTS Adalah Sebab Agensi Boleh Pergi Sejauh Ini” – Pengerusi HYBE Labels

Baru-baru ini, HYBE telah melancarkan video baru berjudul “2022 HYBE BRIEFING WITH THE COMMUNITY” di saluran YouTube mereka.

Khususnya dalam video tersebut, pihak atasan HYBE Labels menjelaskan mengenai maklumat tentang bagaimana agensi, artis dan pelbagai perniagaan bebas anak syarikat mereka, yang telah menggunakan strategi bagi memajukan industri muzik.

Apa yang menarik perhatian, pengerusi HYBE Labels iaitu Bang Si-hyuk telah menyampaikan rasa terima kasihnya kepada BTS dan ARMY (nama kelab peminat) atas sokongan dan kesetiaan mereka untuk sentiasa meneruskan ikatan yang kuat bersama. Luahnya,

BTS adalah titik permulaan kami dan penggerak yang membolehkan kami melangkah sejauh ini. Tanpa ARMY, kami tidak akan dapat mengorak langkah.

https://youtu.be/U7_TK7nlsyk

Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Park Ji-won turut berkongsi rancangan aktiviti untuk semua artis HYBE termasuk BTS pada 2023 nanti. Nampaknya pada 2023, ahli BTS akan lebih aktif dengan aktiviti solo mereka. Sama-sama kita nantikan!

Tonton video penuh “2022 HYBE BRIEFING WITH THE COMMUNITY” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...