Ikuti Kami:

“Bosan Dengar Lagu Sama..” – 7 Tahun Debut, Netizen Kecewa Lihat BLACKPINK Hanya Ada Sejumlah Lagu Ini

“Bosan Dengar Lagu Sama..” – 7 Tahun Debut, Netizen Kecewa Lihat BLACKPINK Hanya Ada Sejumlah Lagu Ini

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 7 tahun sejak BLACKPINK debut dalam dunia hiburan.

Baru-baru ini, satu hantaran menerusi komuniti dalam talian telah mendapat perhatian, selepas menyatakan kebimbangan mengenai BLACKPINK yang hanya mempunyai sejumlah 40 lagu selama 7 tahun kerjaya mereka.

Untuk pengetahuan, 40 lagu itu adalah termasuk lagu solo ahli dan kolaborasi bersama penyanyi lain.

Memandangkan kumpulan 4 ahli itu akan memasuki tahun ke-7 debut mereka pada Ogos nanti, netizen rata-rata berbelah bagi selepas melihat diskografi BLACKPINK.

blackpink songs

Antara komen yang ditulis,

Peminat antarabangsa sudah bosan dengan konsert mereka kerana mereka mempunyai lagu yang terhad.

 

Saya rasa YG perlu menggunakan penerbit dari luar juga. Saya rasa ini kerana mereka hanya bergantung kepada penerbit di dalam agensi sahaja.

 

Kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

 

Saya bosan dengar lagu yang sama..

Apa pendapat korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...