Ikuti Kami:

Berjaya Dapat 9A+ SPM, Pelajar Lelaki Ini Akui Dengar Lagu BLACKPINK Untuk Hiburkan Diri Ketika Belajar

Berjaya Dapat 9A+ SPM, Pelajar Lelaki Ini Akui Dengar Lagu BLACKPINK Untuk Hiburkan Diri Ketika Belajar

Ada tak calon SPM 2022 kat sini?

Terbaru pada 8 Jun, pelajar kelahiran 2005 telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.

Menarik perhatian, salah seorang pelajar lelaki berbangsa India iaitu Bhuvenraj Ganesh di George Town, telah berjaya mencapai keputusan cemerlang iaitu 9A+.

Ketika sesi temu bual yang dilakukan bersama New Straits Times, Bhuvenraj berkongsi rutin dan petuanya untuk belajar, sambil mendedahkan bahawa dia adalah seorang peminat K-Pop. Jelasnya,

Saya berasa tenang apabila menonton kumpulan K-Pop kegemaran saya setiap kali saya tertekan. Rutin belajar saya tetap sama pada sebelah petang atau malam. Tidak seperti orang lain, saya tak belajar sehingga larut malam atau bangun awal pagi.

blackpink

Tambahnya lagi dengan memberitahu bahawa dia adalah peminat BLACKPINK,

Selain itu, saya akan menghiburkan diri saya dengan menonton dan menari lagu-lagu BLACKPINK.

Tahniah Bhuvenraj Ganesh!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...