Utama K-Pop Ada Sofa & Bilik Tidur Sendiri, Jet Peribadi Mewah BLACKPINK Didedahkan

Ada Sofa & Bilik Tidur Sendiri, Jet Peribadi Mewah BLACKPINK Didedahkan

blackpink private jet

Sering menjelajah ke banyak negara, BLACKPINK juga mempunyai pesawat persendirian mereka sendiri.

Baru-baru ini, Korean Air telah mendedahkan gambar bahagian dalam jet peribadi kumpulan BLACKPINK, menerusi laman Instagram.

Untuk pengetahuan, pada Mac lalu, Korean Air telah menandatangani perjanjian perniagaan dengan YG Entertainment dan secara rasmi menjadi penaja untuk konsert jelajah dunia kumpulan itu.

Menerusi foto yang dikongsi, pesawat peribadi BLACKPINK dilengkapi dengan sofa, bilik tidur dan kemudahan untuk makan serta mandi di setiap ruangan.

Tambahan, terdapat juga anak patung dan beg berwarna kuning yang terukir nama setiap ahli di tempat duduk mereka.

Selain itu, pasukan perkhidmatan yang berdedikasi juga akan membantu BLACKPINK untuk melalui prosedur imigresen yang berasingan.

Sementara itu, Korean Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam perniagaan jet peribadi, di kalangan syarikat penerbangan negara.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSegye Ilbo
Loading...