Ikuti Kami:

Bongkar Kes Ruang Sembang Jual Video Seksual Di Korea, Tonton Dokumentari ‘Cyber Hell’ Di Netflix

Bongkar Kes Ruang Sembang Jual Video Seksual Di Korea, Tonton Dokumentari ‘Cyber Hell’ Di Netflix

Korang pernah terdengar tentang kes “N Room” tak yang menggegarkan Korea dua tahun yang lalu?

Untuk pengetahuan, kes ini bermula apabila satu ruang sembang dalam Telegram yang dipanggil sebagai “N Room” telah dibongkarkan kerana mengeksploitasi ramai perempuan termasuk yang di bawah umur untuk tujuan keganasan seksual. Lebih mengejutkan kerana ianya disertai oleh 260,000 ahli di dalamnya.

Individu yang mengendalikan ruang sembang itu dikenali sebagai Cho dan mereka dikatakan telah memancing para gadis ini dengan tawaran kerja sementara dan hadiah sebelum mengugut lantas dipaksa untuk menghantar video pornografi oleh mereka sendiri. Rakaman tersebut kemudiannya akan dikongsikan di dalam “N Room” yang beroperasi dalam aplikasi Telegram dan bayaran dilakukan dengan mata wang kriptografi.

netflix cyber hell

Berdasarkan kes tersebut, Netflix bakal menayangkan dokumentari “Cyber Hell: Exposing An Internet Horror” di mana ianya akan memaparkan realiti jenayah tersebut berdasarkan temuramah dengan 24 wartawan, produser dan pegawai polis yang berjumpa sendiri dengan Cho.

Kata pengarah dokumentari ini,

Orang Korea pastinya tahu sedikit mengenai kes ‘N Room’ ini. Tapi selepas menonton dokumentari ini, anda akan mengetahui bahawa apa yang anda tahu itu hanyalah sedikit sahaja.

Cara yang digunakan penjenayaha adalah lebih kompleks dan teliti berbanding apa yang kita sangka. Dan mereka yang menjejaki mereka adalah lebih garang dan tegas daripada yang kita gambarkan.

Jangan lupa saksikan dokumentari ini di Netflix pada 18 Mei nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...