Ikuti Kami:

Chat Room Dengan 260K Ahli Dipenuhi Video Kejam Seksual Termasuk Bawah Umur, Selebriti Korea Tuntut Keadilan!

Chat Room Dengan 260K Ahli Dipenuhi Video Kejam Seksual Termasuk Bawah Umur, Selebriti Korea Tuntut Keadilan!

Dalam Korea sibuk memerangi wabak COVID-19 yang kian membimbangkan ini, terdapat satu lagi kes yang telah menggemparkan seluruh negara tersebut bahkan juga dunia. Satu ruang sembang dalam Telegram yang dipanggil sebagai “N Room” telah dibongkarkan kerana mengeksploitasi ramai perempuan termasuk yang di bawah umur untuk tujuan keganasan seksual. Lebih mengejutkan kerana ianya disertai oleh 260,000 ahli di dalamnya.

Individu yang mengendalikan ruang sembang itu dikenali sebagai Cho dan mereka dikatakan telah memancing para gadis ini dengan tawaran kerja sementara dan hadiah sebelum mengugut lantas dipaksa untuk menghantar video pornografi oleh mereka sendiri. Rakaman tersebut kemudiannya akan dikongsikan di dalam “N Room” yang beroperasi dalam aplikasi Telegram dan bayaran dilakukan dengan mata wang kriptografi.

n room ekspolitasi perempuan bawah umur korea

Segala perbuatan seksual yang dijual dalam ruang sembang itu nyata membuatkan semua orang marah kerana kandungannya yang keterlaluan dan tidak senonoh. Bukan seperti pornografi biasa, ia melibatkan rakaman yang menyeksakan dan kesemua perbuatan itu terpaksa dilalui oleh perempuan di bawah umur.

[Amaran: grafik dan kejam]
  1. Mencacah perkataan ‘hamba’ pada gambar bogel wanita itu.
  2. Meletakkan gunting di dalam kemaluannya.
  3. Memotong puting buah dada mangsa.
  4. Menyuruh perempuan tersebut untuk memakan najis.
  5. Meletakkan ulat bulu di dalam badan mangsa dan menyeksanya.
  6. Mereka membuatkan adik/abang lelaki untuk melakukan hubungan seks yang sama.
  7. Menyuruh mangsa membuka kesemua bajunya dan beronani di lantai tandas lelaki.
  8. Lelaki dewasa merogol kanak-kanak perempuan yang berada di bawah umur.

Lebih menyakitkan apabila terdapat seorang individu yang tampil dan melaporkan perbuatan jahat ini kepada pihak polis tetapi laporannya itu tidak diendahkan malahan mereka mengatakan bahawa ‘lelaki muda sentiasa buat kesilapan’. Tak cukup dengan itu, pihak kerajaan Korea juga sepertinya memandang enteng masalah ini walhal ramai perempuan yang menjadi mangsa seksual para lelaki dalam ruang sembang tersebut.

Namun begitu, selepas perkara terkutuk ini didedahkan kepada umum, semua netizen meminta tindakan tegas diambil selain meriliskan informasi Cho dan ahli ruang sembang itu supaya mereka malu dengan perbuatan tersebut selain orang lain boleh berjaga-jaga apabila terjumpa dengan mereka. Dikatakan bahawa lelaki yang menguruskan ruang sembang tersebut telah pun ditangkap dan identitinya bakal disebarkan kepada umum nanti. Selain itu, 13 individu lain yang bersubahat dengan Cho telah pun ditangkap bagi membantu siasatan.

n room ekspolitasi perempuan bawah umur korea

Bukan sahaja orang awam, malahan para selebriti Korea terutamanya wanita meluahkan rasa kesal dengan kewujudan ruang sembang itu. Tak sangka ramai lelaki yang sanggup mengeksploitasi perempuan hanya kerana ingin memuaskan nafsu mereka. Antara artis yang meminta orang ramai supaya menandatangani petisyen untuk mendedahkan penjenayah ini ialah pelakon Jung Ryeowon, Hyeri dan Sojin (kumpulan Girls’ Day), penyanyi solo Baek Yerin, pelakon Moon Ga Young, Baekhyun dan Chanyeol (kumpulan EXO), Ravi (kumpulan VIXX), BM (kumpulan KARD), Yeonwoo (pelakon dan bekas ahli kumpulan MOMOLAND), pelakon Nam Bora, pelakon Kim Bomi, penyanyi solo Hyosung, pelakon Ha Yeon Soo, penyanyi rap Simon D dan ramai lagi.

Semoga sesiapa yang memasuki ruang sembang ini akan mendapat balasan yang sepatutnya.

Sumber: AsianJunkie

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...