Ikuti Kami:

Boleh Masak Sendiri, Cuba Resepi Mudah 5 Snek Korea Ini Hanya Di Rumah

Boleh Masak Sendiri, Cuba Resepi Mudah 5 Snek Korea Ini Hanya Di Rumah

Masa untuk mencuba sesuatu yang berbeza!

Kita semua sudah biasa dengan makanan ringan Korea seperti tteokbokki dan kimbap, bukan? Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa resepi snek Korea yang mudah untuk korang cuba di rumah.

Popcorn roti karamel

Popcorn roti karamel adalah salah satu masakan yang paling mudah untuk disediakan, malah bahannya juga senang untuk didapati. Apa yang korang perlukan hanyalah roti, gula, mentega dan susu. Dengan hanya 4 bahan ini, korang akan dapat hidangan yang lazat untuk dimakan apabila sedang menonton K-Drama kegemaran korang!

Gula-gula Dalgona

Masih ingat tak kopi dalgona semasa musim PKP dahulu? Sekiranya korang belum tahu, trend kopi ini sebenarnya diilhamkan daripada gula-gula dalgona, iaitu hidangan manis yang disukai oleh orang Korea. Gula-gula dalgona ini juga mula popular semasa tayangan K-Drama yang pernah menjadi fenomena di serata tempat iaitu “Squid Game”.

Mudah sahaja nak sediakan gula-gula dalgona, korang hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu, serbuk penaik dan gula. Senang kan?

Gilgeori toast (roti bakar jalanan Korea) 

Roti bakar jalanan Korea ini sangat lazat dan sesuai untuk dimakan untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. Ia adalah sandwic telur dadar yang manis dan masin. Ia juga merupakan salah satu hidangan Korea yang membuatkan ramai penduduk tempatan mengenang masa kanak-kanak mereka.

Roti bakar Gilgeori dibuat menggunakan mentega, mayo, sos tomato, roti sandwic putih, telur dadar dan campuran sayur-sayuran. Adalah biasa untuk menaburkan di atas roti bakar dengan kedua-dua garam dan gula.

Kimbap

Kimbap ialah satu makanan ringan Korea yang paling terkenal bukan sahaja di negara itu, malah menjadi kesukaan di luar negara. Ia dibuat dengan nasi digulung bersama rumpai laut kering (nori). Ia sama seperti sushi, tetapi nasi untuk kimbap biasanya lebih manis dan diperisakan dengan minyak bijan dan bukannya cuka beras.

Ia terdapat dengan pelbagai jenis inti, tetapi salah satu ramuan yang paling mudah ialah menggunakan pelbagai jenis sayuran jeruk, seperti lobak atau kimchi.

Haemul pajeon

Haemul pajeon ialah penkek daun bawang yang lazat bersama dengan makanan laut. Makanan ini ialah salah satu makanan jalanan paling popular yang korang selalu akan jumpa kalau melancong ke Korea. Resepi haemul pajeon ini boleh dibuat dengan mudah di rumah, menggunakan campuran telur, daun bawang dan pelbagai jenis makanan laut kegemaran seperti sotong, udang, kerang, tiram dan kerang.

Ianya lebih kurang seperti telur dadar tetapi, penuh dengan isi makanan laut. Korang kena cuba sebab haemul pajeon ni sangat sedap!

Selamat mencuba!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...