Ikuti Kami:

Boleh Layari Di Spotify & YouTube, Dengar 6 Podcast Terbaik Ini Bercakap Tentang K-Pop

Boleh Layari Di Spotify & YouTube, Dengar 6 Podcast Terbaik Ini Bercakap Tentang K-Pop

Korang suka dengar podcast?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 Podcast K-Pop terbaik yang patut didengari pada tahun 2023.

KBS WORLD Radio K-Pop Connection

Buat masa sekarang “KBS WORLD Radio K-Pop Connection” sudah mempunyai 3 musim. Sama seperti musim-musim sebelumnya, rancangan podcast ini memperkenalkan lagu K-Pop terbaharu. Selain itu, ia juga memainkan lagu-lagu K-Pop paling digemari daripada pelbagai genre yang berbeza. Tetamu khas juga akan dijemput untuk menghiburkan para pendengar di seluruh dunia serta memberi pengetahuan tentang K-Pop dan budaya-budaya di Korea.

Pautan: KBS WORLD Radio K-POP Connection

Daebak Show With Eric Nam

“Daebak Show” ialah rancangan podcast yang menonjolkan muzik baharu terbaik K-Pop pada setiap minggu. Selain itu, terdapat juga ulasan menarik daripada artis dan hos K-Pop iaitu, Eric Nam. Apa yang menarik tentang podcast ini ialah, muzik K-Pop akan dimulakan sebelum diikuti dengan perbualan dan cerita daripada Eric nam yang boleh buat penonton kekal hingga ke akhir rancangan.

Pautan: Daebak Show with Eric Nam

Ask Me About K-Pop

“Ask Me About K-Pop” dikendalikan oleh dua orang kawan baik, Shannon dan  Angelica. Mereka berdua suka bercakap tentang K-Pop lebih daripada segala-galanya! Korang boleh dengar “Ask Me About K-Pop” pada setiap minggu di Spotify untuk tahu tentang sejarah dan boleh dengar lagu K-Pop, sama ada yang sudah lama mahupun terbaru.

Pautan: Ask Me About K-Pop

K-Pop Kimchi Podcast

Podcast ini ditubuhkan dan dihoskan oleh dua orang kawan baik iaitu, JT dan Fog Raw. Pada setiap minggu korang akan mendengar perbualan serta pandangan unik mereka, segala-galanya berkaitan K-Pop. Sebagai contoh, dari kemunculan semula kumpulan hingga ke semua berita K-Pop yang terkini!

Pautan: K-Pop Kimchi Podcast

화이팅 Words: Unpopular K-Pop Opinions

“화이팅 Words: Unpopular K-Pop Opinions” dihoskan oleh tiga wanita, di mana mereka berbincang hal berkaitan K-Pop dalam gaya yang sangat santai. Selain itu, mereka memberi ruang kepada peminat untuk menyuarakan pendapat mereka tentang industri muzik Korea. Podcast ini menjadi lebih menarik kerana, terdapat dua pandangan yang bertentangan dan mereka dapat membuat kesimpulan yang bernas selepas itu.

Pautan: 화이팅 Words: Unpopular K-Pop Opinions

NYC K-Pop Queens

Dengari “NYC K-Pop Queens” yang dikendalikan oleh Emily dan Charity. Mereka menyiarkan Podcast K-Pop dari perspektif peminat ‘tua’ dengan pengalaman kerja sebenar dalam industri muzik dan media. Podcast mingguan ini termasuk ulasan keluaran lagu baharu, berita artis, ulasan konsert, imbasan rancangan realiti dan banyak lagi segmen menarik.

Sebagai peminat sejati muzik Korea, hos “NYC K-Pop Queens” sentiasa berfikiran terbuka dan hal ini memberi keselesaan kepada para pendengar podcast mereka.

Pautan:  NYC K-Pop Queens

Podcast ni menarik tau, bila-bila boleh dengar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...