Utama Rancangan Hiburan “Boleh Bercinta Dengan..” – Reaksi Crush Terhadap Lawak Melibatkan Kekasihnya Joy RED...

“Boleh Bercinta Dengan..” – Reaksi Crush Terhadap Lawak Melibatkan Kekasihnya Joy RED VELVET Dikritik Peminat

crush

Penyanyi terkenal, Crush dan Sung Si-kyung sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Baru-baru ini, Crush telah membuat penampilan di rancangan YouTube milik Sung Si-kyung. Di mana perbualan mengenai lagu terbarunya telah membuat dirinya dikritik oleh ramai pihak terutamanya peminat RED VELVET.

Dalam rancangan tersebut, Sung Si-kyung berkata,

Saya harap awak lebih popular dari Cha Eun-woo, biar budak-budak cakap ‘Saya nak tulis lagu dan jadi macam Crush’ daripada sibuk nak jadi penyanyi idola.

Walaupun pujian berbaur sindiran itu telah mendapat perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati mereka, komen yang Sung Si-kyung katakan mengenai hubungan percintaan Crush dengan Joy RED VELVET telah membuatkan hati peminat semakin membara.

crush sung si kyung

Komen Sung Si-kyung,

Sekarang ramai sangat nak jadi idola K-Pop. Dorang tak tahu ke kalau jadi penyanyi macam Crush boleh bercinta dengan penyanyi idola K-Pop dengan senang?

Komen yang dibalas dengan reaksi gelak ketawa oleh Crush itu telah membuat peminat serta penonton marah dengan kedua-dua penyanyi tersebut.

Mereka menyatakan bahawa perbualan yang memperendahkan penyanyi idola serta masuk campur mengenai hubungan Crush dan Joy itu tidak patut diperkatakan.

Malah, ada diantara peminat yang menganggap bahawa Crush seperti sedang menggunakan ahli RED VELVET itu sebagai sebuah ‘piala’ yang perlu dimenangi.

Sehingga  kini, syarikat Crush masih lagi tidak memberikan kenyataan berkenaan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ini.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...