Ikuti Kami:

BLACKPINK Umum Konsert Secara Virtual Melalui PUBG Mobile

BLACKPINK Umum Konsert Secara Virtual Melalui PUBG Mobile

Wah BLACKPINK kembali dalam game lah!

Dalam artikel sebelum ini, pasti korang dah tahu mengenai comeback BLACKPINK kan? Terbaru, kumpulan itu mengumumkan bakal mengadakan konsert secara virtual melalui satu aplikasi permainan iaitu PUBG Mobile. Wah, lain macam!

Perkara itu disahkan setelah satu imej poster dimuat naik di akaun Twitter rasmi (@PUBGMOBILE). Menerusi muat naik tersebut, BLACKPINK sekaligus menunjukkan bahawa mereka adalah kumpulan pertama yang mengadakan konsert secara virtual dalam aplikasi permainan.blackpinkTarikh bagi konsert virtual tersebut turut diumumkan yang mana pada 22 dan 23 Julai adalah di Amerika Utara, 29 dan 30 Julai di Amerika Selatan. Manakala 23 dan 24 Julai dan 30 serta 31 Julai adalah tarikh bagi konsert secara global.

PUBG Mobile turut mengumukan bahawa tiket untuk konsert tersebut akan diberikan secara percuma kepada peminat yang memuat turun aplikasi PUBG Mobile dan menyertai permainan tersebut pada 15 Julai akan datang.

Omoo! Peluang keemasan ni! Korang cepat muat turun aplikasi tu okay! Mana tau ada rezeki korang dapat tiket percuma ke…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...