Utama K-Pop BLACKPINK Umum Konsert ‘BORN PINK’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Mac...

BLACKPINK Umum Konsert ‘BORN PINK’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Mac 2023

blackpink

Siap sedia semua peminat BLACKPINK di Malaysia!

Pada 28 Oktober, YG Entertainment telah mengumumkan tarikh dan lokasi untuk konsert jelajah dunia BLACKPINK “BORN PINK” di Asia.

Menurut poster yang dikeluarkan, kumpulan popular dengan empat ahli itu akan bertemu peminat di sembilan bandar di Asia, termasuk Kuala Lumpur.

Khususnya, BLACKPINK akan menemui peminat di Malaysia pada 4 Mac 2023 nanti, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

YG Entertainment turut mendedahkan,

Selain Hong Kong, kesemua lapan lokasi konsert adalah di stadium. Ini akan menjadi jelajah stadium Asia berskala terbesar di kalangan semua kumpulan gadis di dunia.

Nantikan segala informasi dan maklumat lanjut mengenai konsert BLACKPINK di Malaysia di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald Pop
Loading...