Ikuti Kami:

BLACKPINK Terima Tawaran Untuk Buat Persembahan Di Majlis Bersama Presiden Joe Biden

BLACKPINK Terima Tawaran Untuk Buat Persembahan Di Majlis Bersama Presiden Joe Biden

BLACKPINK memang tidak dinafikan merupakan antara kumpulan popular yang mempunyai pengaruh kuat di seluruh dunia.

Terbaru, BLACKPINK dilapor akan membuat persembahan di sebuah acara kebudayaan Korea Selatan dan Amerika Syarikat, semasa lawatan negara Presiden Korea Yoon Suk-yeol ke Amerika Syarikat yang dijadualkan pada hujung April ini.

Selain itu, penghibur utama yang akan turut hadir untuk membuat persembahan di situ adalah termasuk BLACKPINK dan Lady Gaga.

Tidak lama kemudian, YG Entertaiment telah memberi respon mengenai laporan berkenaan,

BLACKPINK telah menerima tawaran untuk membuat persembahan di jamuan makan malam antara Presiden A.S. Joe Biden dan Presiden Korea Yoon Suk-yeol. Mereka sedang mempertimbangkan tawaran itu kini.

blackpink

Jika kumpulan empat ahli itu menerima tawaran berkenaan, ia dijangka akan menarik perhatian orang ramai sama seperti sidang kemuncak antara Presiden Yoon dan Presiden Joe Biden.

Fuh, lain macam impak BLACKPINK!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...