BLACKPINK ‘Preview’ Lagu Baru ‘READY FOR LOVE’ Dalam PUBG MOBILE
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Baru preview saja, belum nyanyi lagu penuh lagi! Ha, ini adalah antara reaksi peminat apabila BLACKPINK menyanyikan satu lagu di konsert virtual PUBG MOBILE mereka. Lagu baru ke eh?
Artikel Berkaitan
Pada hari pertama konsert virtual BLACKPINK melalui PUBG MOBILE sangat mengujakan. Mereka malah memberikan hadiah kepada peminat dengan menyanyikan preview bagi lagu terbaru akan datang, “Ready For Love”. Walaupun ianya dalam bentuk kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang menyerupai mereka, yang pasti, suara nyanyian adalah seratus peratus daripada mereka.
Dengan jumlah hampir 9 juta peminat yang menunggu untuk konsert mereka kali ini, ia membuktikan BLACKPINK semestinya memberikan impak besar dalam kalangan peminat. Kalau BLINKS sanggup tunggu nak tengok BLACKPINK membuat persembahan melalui PUBG MOBILE, bayangkan berapa ramai lagi peminat yang tunggu mereka perform secara live.
Over 9 million users have claimed a ticket to BLACKPINK's ‘The Virtual’ concert on PUBG Mobile.
The first concert date starts in 30 minutes. pic.twitter.com/wAoSOoOQfr
— Pop Base (@PopBase) July 22, 2022
Dalam pada itu, PUBG MOBILE juga mengumumkan bahawa senarai lagu khas dan juga muzik video baru bakal dilancarkan. Jadi, tanpa ragu lagi, senarai penuh untuk “Ready For Love” pasti amat dinanti oleh peminat.
BLACKPINK unveil their special track ‘Ready For Love’ on their in-game PUBG Mobile concert. https://t.co/mU3lw59Fe5
— Pop Base (@PopBase) July 22, 2022
Korang dah dengar ke preview “Ready For Love”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




