Ikuti Kami:

BLACKPINK ‘Pink Venom’ Jadi Muzik Video K-Pop 2022 Pertama Raih 400 Juta Tontonan

BLACKPINK ‘Pink Venom’ Jadi Muzik Video K-Pop 2022 Pertama Raih 400 Juta Tontonan

Siapa yang masih tak boleh berhenti dengar lagu BLACKPINK “Pink Venom”?

Terbaru pada 25 Oktober, muzik video BLACKPINK untuk lagu “Pink Venom” telah berjaya mencapai 400 juta tontonan di YouTube, menjadikannya muzik video K-Pop pertama tahun 2022 yang mempunyai pencapaian sedemikian.

Untuk pengetahuan, “Pink Venom” ialah muzik video ke-10 BLACKPINK yang telah melepasi 400 juta tontonan di YouTube, selepas “BOOMBAYAH”, “Kill This Love”, “As If It’s Your Last”, “Whistle”, “Playing With Fire”, “How You Like That”, “Lovesick Girls”, “Ice Cream” dan “DDU-DU DDU-DU”.

Menakjubkan, kumpulan itu pada asalnya mengeluarkan muzik video untuk “Pink Venom” pada 19 Ogos, bermakna ia mengambil hanya 67 hari untuk mengumpul sebanyak 400 juta tontonan.

Tahniah BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...