Ikuti Kami:

BLACKPINK Artis K-Pop Pertama Akan Buat Persembahan Di Festival Muzik London ‘BST Hyde Park’

BLACKPINK Artis K-Pop Pertama Akan Buat Persembahan Di Festival Muzik London ‘BST Hyde Park’

Nampaknya, BLACKPINK akan menjadi artis K-Pop pertama yang akan membuat persembahan di pentas British Summer Time (BST) Hyde Park, London!

Pada 21 Oktober, festival muzik tahunan yang diadakan di Hyde Park, London telah mengumumkan BLACKPINK sebagai salah seorang artis utama yang akan membuat persembahan pada 2023 nanti.

Dalam sambutan ulang tahun ke-10 festival itu, kami lebih berusaha untuk merekrut artis. BLACKPINK, yang telah mengukuhkan dirinya sebagai artis kelas teratas dunia, akan menceriakan tempat konsert luar terbaik dunia dengan ‘Blink’ (nama kelab peminat).

Selain itu, artis lain yang turut akan tampil membuat persembahan di festival tersebut adalah termasuk P!NK, Billy Joel dan Bruce Springsteen.

Untuk pengetahuan, BLACKPINK akan menemui peminat di festival BST Hyde Park, London pada 2 Julai 2023 ini.

Sama-sama kita nantikan kemeriahannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...