Ikuti Kami:

“BLACKPINK Atau GIRLS’ GENERATION” – Gelaran ‘Kumpulan Wanita Terunggul’, Siapa Layak Dapat?

“BLACKPINK Atau GIRLS’ GENERATION” – Gelaran ‘Kumpulan Wanita Terunggul’, Siapa Layak Dapat?

Susahnya nak pilih ni..

Selama bertahun-tahun, terdapat banyak kumpulan wanita yang telah memberi impak ketara di dalam industri K-Pop. Namun, hanya segelintir yang telah terpilih untuk menjadi kumpulan wanita terunggul.

Antara salah satu isu yang menjadi perdebatan di kalangan peminat ialah ‘adakah BLACKPINK telah mengatasi GIRLS’ GENERATION sebagai kumpulan wanita terbaik sepanjang zaman?’.

Sejak kemunculan pertama mereka pada tahun 2007, GIRLS’ GENERATION telah menjadi fenomena dan meraih status lagenda selepas memecahkan beberapa rekod dan menjadi kumpulan wanita yang sukar untuk dicabar sehingga penampilan BLACKPINK pada tahun 2016.

bp snsd stage

Seterusnya, kejayaan BLACKPINK yang luar biasa mula meningkat selepas mereka berjaya memecahkan rekod dunia dengan lagu-lagu hit mereka seperti “DDU-DU DDU-DU” dan “How You Like That”.

Malah, kejayaan mereka ini juga turut menyebabkan mereka dapat meraih banyak peminat antarabangsa serta menjadikan BLACKPINK sebagai pesaing terkuat bagi kumpulan wanita lagenda.

Rata-rata komen netizen ialah,

Saya rasa BLACKPINK kumpulan wanita hebat antarabangsa, manakala GIRLS’ GENERATION pula di Korea.

 

Generasi mereka berbeza, saya tak rasa yang mereka boleh dibandingkan.

 

BLACKPINK tiada tandingannya.

 

SNSD kumpulan wanita lagenda bagi generasi kedua, manakala BLACKPINK pula generasi ketiga.

 

Semestinya GIRLS’ GENERATION!

 

BLACKPINK kumpulan #1 antarabangsa.

 

Walaupun dah berdekad, kumpulan SNSD tak kan dapat ditandingi.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...