Utama Drama Korea “Dia Pemalu..” – Bintangi ‘Yumi’s Cells 2’, Kim Goeun & Jinyoung Kongsi...

“Dia Pemalu..” – Bintangi ‘Yumi’s Cells 2’, Kim Goeun & Jinyoung Kongsi Tanggapan Waktu Kali Pertama Jumpa

yumi's cells 2

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton kisah cinta watak Kim Go-eun dan Jin-young dalam “Yumi’s Cells” musim kedua, kan?

Terbaru pada 3 Jun, kedua pelakon itu telah muncul dalam program radio SBS “Choi Hwa Jung’s Power Time” sebagai tetamu, bagi mempromosikan drama mereka akan datang “Yumi’s Cells 2”.

Ketika sedang seronok berborak, Kim Go-eun dan Jin-young berkongsi tentang tanggapan mereka pada satu sama lain ketika pertama kali berjumpa. Park Jin-young berkata tentang Kim Go-eun,

Saya mempunyai perasaan berat selepas melihatnya dalam banyak drama, tetapi apabila saya mula-mula melihatnya, dia melayan saya dengan pandangan yang ‘kurang mesra’.

kim goeun jinyoung

Kim Go-eun pula berkata tentang Jin-young,

Saya bertemu dengannya buat kali pertama ketika penggambaran musim 1, dan dia sangat pendiam dan pemalu. Selain itu, dia hebat, jadi saya berkata padanya, ‘Bobby (nama watak Jin-young) hebat’. Saya tahu semua lagu GOT7.

Bagi yang belum tahu, berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Yumi’s Cells” mengisahkan tentang seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi – dari sudut pandangan banyak sel otak di kepalanya yang mengawal setiap pemikiran, perasaan dan tindakannya. Kim Go-eun memainkan watak Yumi, seorang wanita biasa yang bergelut untuk meluahkan perasaannya.

yumi's cells 2

Nantikan “Yumi’s Cells” musim kedua pada 10 Jun ini di TVING, Viki dan iQiyi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...