Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, Nantikan 12 K-Drama Akan Tayang Bulan Jun Ini

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, Nantikan 12 K-Drama Akan Tayang Bulan Jun Ini

Bulan Jun akan menjadi bulan yang sibuk buat semua peminat K-Drama!

Selepas pelbagai drama menarik telah ditayangkan pada beberapa bulan lepas, nampaknya pada bulan Jun akan datang ini, akan ada banyak lagi K-Drama bakal menyapa penonton.

Dari pelakon hebat seperti Hwang In-yeop, Park Hae-soo dan Kim Go-eun, dan genre yang pelbagai seperti romantik, thriller dan banyak lagi, penonton boleh tonton kesemua 12 K-Drama pada bulan Jun ini. Jom lihat antara drama yang akan ditayangkan nanti:

1. WHY HER

https://www.youtube.com/watch?v=EWq3B7Z5RoY

Pelakon utama: Seo Hyun-jin, Hwang In-youp, Huh Joon-ho, Bae In-hyuk

Tarikh tayangan: 3 Jun

Platform: SBS, Viu

“Why Her?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan hidup berjaya dalam keadaan yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya. Ia merupakan satu kisah cinta yang digambarkan sebagai menyakitkan namun menyeronokkan dan dalam masa yang sama dingin dan menyejukkan hati.

2. CLEANING UP

Pelakon utama: Yum Jung-ah, Jeon So-min, Kim Jae-hwa

Tarikh tayangan: 4 Jun

Platform: JTBC, Netflix

“Cleaning Up” akan membawa kisah cabaran tiada batas yang tidak dijangka oleh tiga wanita pencuci yang melompat ke dalam peperangan saham selepas terdengar maklumat dalaman pada suatu hari. Di antara kehidupan dan kelangsungan hidup, ia menceritakan kisah tiga pekerja pembersihan yang memegang lembing ‘melonjak ke depan’ di sebelah tangan dan ‘terdesak’ di tangan yang sebelah lagi.

3. LINK: EAT, LOVE, KILL

Pelakon utama: Yeo Jin-goo, Moon Ga-young

Tarikh tayangan: 6 Jun

Platform: tvN, Disney+

Gabungkan fantasi, romantik dan misteri, “Link: Eat, Love, Kill” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.

4. INSIDER

https://www.youtube.com/watch?v=8HRxVqoxr0k

Pelakon utama: Kang Ha-neul, Lee Yoo-young

Tarikh tayangan: 8 Jun

Platform: JTBC

“Insider” ialah drama aksi saspen mengenai pelatih perundangan yang hidupnya musnah dalam sekelip mata semasa melakukan penyamaran untuk menyiasat pendakwara raya menerima rasuah. Semasa di dalam penjara, dia mula merencana plot untuk membalas dendam kerana pengkhianatan yang dilaluinya.

5. YUMI’S CELLS 2

Pelakon utama: Kim Go-eun, Jin-young

Tarikh tayangan: 10 Jun

Platform: tvN, TVING, Iqiyi

“Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan.

6. JINXED AT FIRST

https://www.youtube.com/watch?v=CJMrVkf_-U8

Pelakon utama: Na In-woo, Seohyun

Tarikh tayangan: 15 Jun

Platform: KBS

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Jinxed at First” merupakan kisah romantik fantasi mengenai seorang lelaki malang dan miskin, bertemu dengan dewi kekayaan yang disorok oleh satu keluarga kaya.

7. ALCHEMY OF SOULS

https://www.youtube.com/watch?v=y59Ac3w-EBk

Pelakon utama: Lee Jae-wook, Jung So-min, Hwang Min-hyun, Shin Seung-ho, Yoo Jun-sang, Oh Na-ra, Jo Jae-yoon

Tarikh tayangan: 18 Jun

Platform: tvN, Netflix

“Alchemy of Souls” yang ditulis oleh duo ‘Hong Sisters’ ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

8. MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA

Pelakon utama: Yoo Ji-tae, Park Hae-soo, Jeon Jong-seo

Tarikh tayangan: 24 Jun

Platform: Netflix

“Money Heist: Korea – Joint Economic Area” bahagian 1 akan mempunyai sejumlah 6 episod. Berlatarbelakangkan Semenanjung Korea menjelang penyatuan semula, ini adalah drama jenayah rompakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang mengisahkan tentang ahli strategi yang cemerlang dan orang yang mempunyai personaliti serta kebolehan yang berbeza.

9. EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO

Pelakon utama: Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young

Tarikh tayangan: 29 Jun

Platform: Netflix

Ia membawa kisah seorang peguam muda (Park Eun-bin) dengan sindrom Asperger yang menyertai firma guaman terkenal. Disebabkan IQ yang tinggi iaitu 164, ingatan yang baik dan proses pemikiran yang kreatif, si bijak Woo Young-woo tamat pengajian sebagai pelajar terbaik dalam tahunnya dari Universiti Kebangsaan Seoul, namun dia masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan interaksi sosial.

10. MINAMDANG

Pelakon utama: Seo In-guk, Oh Yeon-seo

Tarikh tayangan: 27 Jun

Platform: KBS

“Minamdang” akan diterajui oleh Seo In-guk dan Oh Yeon-seo. Berdasarkan web novel dengan nama yang sama, drama ini dijadikan siri di Kakao Page dan memenangi pertandingan novel di laman tersebut. Ianya menceritakan kisah misteri yang dilalui bekas profiler, Han Joon dan rakan sekerjanya. Ia berlatar belakangkan sebuah kafe bernama ‘Minamdang’ dan klien yang melawat premis tersebut. Berbanding dengan novel, akan ada banyak lagi watak baru diperkenalkan selain plotnya akan dikupas secara humor lantas berbeza dengan novel asalnya.

11. EVE

https://www.youtube.com/watch?v=hQbJng5eiWU

Pelakon utama: Seo Ye-ji, Lee Sang-yeob, Park Byung-eun, Yoo Sun

Tarikh tayangan: 1 Jun

Platform: tvN

“Eve” ialah drama romantik thriller mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam dek kematian bapanya dan menceritakan saman penceraian golongan konglomerat yang bernilai 2 trilion won.

12. DOCTOR LAWYER

https://www.youtube.com/watch?v=noJDusjAJg4

Pelakon utama: So Ji-sub, Im Soo-hyang, Shin Sung-rok

Tarikh tayangan: 3 Jun

Platform: MBC

Drama ini akan membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan dan seorang pendakwaraya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa mereka, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

Jadi, drama yang mana korang paling teruja nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...