Ikuti Kami:

Bintangi ‘The Penthouse’, Uhm Kijoon & Bong Taegyu Akan Jadi Kameo Dalam ‘Shooting Stars’

Bintangi ‘The Penthouse’, Uhm Kijoon & Bong Taegyu Akan Jadi Kameo Dalam ‘Shooting Stars’

Nampaknya, penonton akan dapat lihat ‘reunion’ pelakon “The Penthouse” dalam drama “Shooting Stars”!

Pada 25 April, dilaporkan bahawa Uhm Ki-joon dan Bong Tae-gyu akan membuat penampilan istimewa dalam drama Jumaat-Sabtu tvN “Shooting Stars”, dan telah pun selesai menjalani penggambaran.

Untuk makluman, kedua pelakon itu akan bekerjasama sekali lagi bersama Yoon Jong-hoon dan Kim Young-dae, yang merupakan bintang bersama dalam drama “The Penthouse” dan juga merupakan pelakon dalam “Shooting Stars”. Penonton nampaknya tidak sabar untuk menyaksikan pertemuan semula mereka dalam naskhah kali ini.

tvn shooting stars

Sementara itu, “Shooting Stars” ialah drama komedi romantik tvN tentang mereka yang bekerja di belakang tabir dalam industri hiburan. Ianya diterajui oleh Lee Sung-kyung sebagai Oh Han-byul, ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan, dan Kim Young-dae yang memainkan watak sebagai musuhnya, bintang senarai A yang membuat masalah, Gong Tae-sung. Manakala Yoon Jong-hoon berperan sebagai pengurus kepada Gong Tae-sung.

Jangan lupa tonton “Shooting Stars” yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di saluran tvN dan Viki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...