Ikuti Kami:

Song Jihyo & Ramai Lagi Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Shooting Stars’

Song Jihyo & Ramai Lagi Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Shooting Stars’

“Shooting Stars” pastinya akan menjadi drama kegemaran ramai tak lama lagi, percayalah!

Ianya merupakan drama komedi romantik mengenai mereka yang bekerja di belakang tabir dalam industri hiburan. Lee Sung-kyung akan membintangi sebagai Oh Han-byul, ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan, manakala Kim Young-dae akan memainkan watak sebagai musuhnya, bintang popular yang sering membuat masalah.

Bukan sahaja kerana diterajui oleh pelakon popular seperti Lee Sung-kyung dan Kim Young-dae, namun drama ini yang membawa kisah mengenai kehidupan selebriti sudah pastinya akan membawa kisah mereka kan?

cameo shooting stars

Apa lagi yang mengujakan selain daripada membawa ramai nama besar sendiri sebagai cameo di dalamya! Daripada teaser yang dimuat naik baru-baru naik, dapat dilihat ramai pelakon hebat seperti Song Ji-hyo, Park Jung-min, Lee Sang-woo dan Kim Seul-gi membawa watak yang berbeza.

Tak cukup dengan itu, ada juga Chae Jong-hyeop, Lee Ki-woo dan pasangan daripada drama “Find Me In Your Memory” iaitu Kim Dong-wook dan Moon Ga-young.

cameo shooting stars

Pastinya tak sabar nak menyaksikan watak apa dibawa mereka kan? Jadi, jangan lupa saksikan “Shooting Star” bermula 22 April ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...