Bintangi ‘Snowdrop’, Jisoo BLACKPINK Sokong Jung Yiseo Di Tayangan Perdana ‘Decision To Leave’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Meskipun drama “Snowdrop” sudah lama tamat namun, persahabatan antara pelakon drama itu masih kekal rapat sehingga kini.
Terbaru pada 21 Jun, Ji-soo BLACKPINK yang merupakan pelakon utama bagi “Snowdrop” dilihat menyokong rakan pelakonnya dalam drama itu iaitu Jung Yi-seo, dengan menghadiri tayangan perdana filem “Decision to Leave”.
Dalam entri yang dimuat naik di Instagram Story milik Ji-soo, pelakon dan idola itu merakam video Jung Yi-seo sedang memberi ucapan. Dia juga turut menulis,
#DecisionToLeave Fighting Unnie. Saya perlu menontonnya sekali lagi 🔥❤️

Kemudian, Jung Yi-seo menyiarkan semula entri Ji-soo dan turut membalas,
Awak lah yang terbaik 💖
Bagi yang belum tahu, Jung Yi-seo memainkan watak Shin Gyeong-ja dalam “Snowdrop” dan akan berperan sebagai detektif dalam filem “Decision to Leave”.
Dalam pada itu, “Decision to Leave” ialah filem tentang Hae-joon (Park Hae-il) yang bekerja sebagai detektif. Dia merupakan seorang yang sopan kepada orang lain, dan bersemangat apabila menyiasat kes. Dia memulakan siasatan kes kematian luar biasa yang berlaku di atas gunung. Semasa menyiasat kes itu, Hae-joon bertemu dengan Seo-rae (Tang Wei). Dia merupakan bekas isteri kepada arwah lelaki. Hae-joon mulai rasa curiga kepadanya, namun pada yang sama dia juga mempunyai perasaan terhadapnya.

Filem ini turut dibintangi Lee Jung-hyun, Go Kyung-pyo, Park Yong-woo dan ramai lagi, serta bakal menemui penonton pada 29 Jun ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




