Nampaknya, hubungan antara pelakon “A Business Proposal” masih kekal rapat sehingga kini.
Terbaru pada 4 Ogos, Kim Se-jeong telah memuat naik foto trak kopi yang dihantar rakan pelakonnya dari “A Business Proposal” Kim Min-kyu, ke set drama “Today’s Webtoon”.
Dalam entri yang dimuat naik, Kim Se-jeong meluahkan rasa terkejutnya dan turut mengucapkan terima kasih kepada Kim Min-kyu atas sokongan yang diberikan. Dia menulis kapsyen,
Apa ini apa ini. Terima kasih oppa 😭 Terima kasih kepada anda, saya akan mendapat kekuatan untuk membuat penggambaran.
Di sepanduk trak kopi itu turut tertulis,
Menyokong kakitangan & pelakon #TodaysWebtoon dengan sepenuh hati saya -Pelakon Kim Mingue-
Untuk pengetahuan, “Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!”, yang dibintangi Kim Se-jeong, Nam Yoon-su, Choi Daniel dan ramai lagi. Ianya mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon, yang akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.
‘Sweet’ kan persahabatan mereka?