“Bila Tengok Haha..” – Song Jihyo Luah Niat Mahu Berambut Botak
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sepertinya Song Ji-hyo sedang sibuk menjalani eksperimen dengan gaya rambutnya kini.
Selepas mendedahkan kisah sebenar di sebalik rambutnya yang dipotong pendek, pelakon wanita itu sekali lagi membuat pengakuan mengejutkan dalam episod terbaru “Running Man”.
Kisah bermula apabila Jun So-min mempersoalkan Haha yang muncul dengan sepasang kaca mata gelap.
Tak pasti bila, tapi apabila melihat awak sekarang saya mula berasa stres. Apabila saya memandang, mesti awak mengatakan ‘apa pandang-pandang’.

Melihatkan mereka bergaduh, Song Ji-hyo tiba-tiba membuat pendedahan,
Apabila melihat rambut (botak) Haha, saya terasa ingin mencubanya.
Kata Jun So-min terkejut,
Lebih baik kalau awak pakai rambut palsu sahaja.

Jawab Yoo Jae-suk pula,
Walaupun saya menyokong gaya rambut awak tapi ini bukanlah jawapannya.
Adakah Song Ji-hyo bakal mengubah rambutnya lagi?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




