Ikuti Kami:

Bila Status Baru Kontrak BLACKPINK Bersama YG Akan Diumumkan? Ini Respon Agensi

Bila Status Baru Kontrak BLACKPINK Bersama YG Akan Diumumkan? Ini Respon Agensi

Nampaknya, ada kemas kini terbaru mengenai kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment.

Terbaru, seorang pegawai dari YG Entertainment telah menjelaskan bahawa status kontrak BLACKPINK akan didedahkan selepas September nanti, memandangkan kumpulan itu masih melakukan konsert jelajah mereka.

Jelas agensi,

Terdapat pembolehubah seperti perjanjian awal, tetapi persembahan untuk konsert jelajah dunia telah pun dijadualkan. Jadi, kontrak semasa akan dikekalkan sehingga penghujung Ogos. Status pembaharuan kontrak BLACKPINK mungkin akan didedahkan selepas September.

Selain itu, menurut penganalisis Cha Yoo-mi, bayaran muka untuk BLACKPINK apabila memperharui kontrak adalah mungkin sekitar 1 bilion hingga 1.5 bilion won untuk setiap ahli.

blackpink

Tambahan, ada juga yang melaporkan bahawa kumpulan itu akan menerima 80% hasil daripada keuntungan operasi manakala YG menerima 20%, sekiranya mereka meneruskan kerjasama dengan agensi tersebut.

Lama lagi la nak tunggu keputusannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...