Rasanya ramai yang seronok melihat hubungan romantik yang terjalin antara Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin kan?
Sedar tak sedar, mereka berdua sudah pun 5 tahun bercinta dan pertemuan itu bermula menerusi “Running Man” tahun 2016.
Walaupun sering menjawab soalan mengenai satu sama lain di acara seni namun kedua mereka jarang dilihat bersama.
Terbaru, seorang individu telah memuat naik gambar di mana pasangan itu dilihat telah menghabiskan masa bersama di panggung wayang. Meskipun tidak dapat melihat muka dengan jelas, namun dari ketinggian pasangan itu, sudah jelas bahawa mereka ialah Lee Sun-bin dan Lee Kwang-soo.
Komen peminat,
Memang dia tak akan boleh lari dari wartawan.
Beza ketinggian mereka..
Umum lah perkahwinan cepat.
Mereka berpegangan tangan.
Bila nak kahwin..
Semoga berkekalan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉