Ikuti Kami:

“Bila Dibuli..”- Jung Jiso Kongsi Babak Paling Diingati Dalam ‘The Glory’

“Bila Dibuli..”- Jung Jiso Kongsi Babak Paling Diingati Dalam ‘The Glory’

Nampaknya, selepas berlakon dalam drama “The Glory”, kini Jung Ji-so semakin mendapat perhatian ramai.

Terbaru, pelakon dari drama “The Glory” iaitu Jung Ji-so telah muncul dalam video di saluran YouTube milik Cosmopolitan Korea’.

Dalam video tersebut, pelakon itu telah memberitahu bahawa dirinya sedang berehat dan memenuhi masa lapangnya.

Saya berehat di rumah. Saya telah meluangkan masa saya seperti bermain permainan, membaca buku dan menonton filem.

Untuk maklumat, Jung Ji-so telah memegang watak Moon Dong-eun pada usia muda. Dia juga merupakan mangsa keganasan di sekolah. Kemudian, pelakon tersebut akui bahawa adegan “The Glory” yang paling diingatinya adalah apabila wataknya dibuli di gim.

Terdapat banyak adegan di mana saya telah dipukul di gim. Pada masa itu, pelakon-pelakon yang melakonkan watak jahat berlari ke arah saya sebaik sahaja adegan itu tamat dan bertanya sama ada saya ok atau tidak. Disebabkan perbezaan umur kami,  ianya jadi menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.

jung jiso

Selain itu, Jung Ji-so turut berkongsi tentang perbezaan personalitinya dari watak Moon Dong-eun.

Saya mempunyai personaliti yang jauh berbeza daripada Moon Dong-eun. Saya seorang yang selalu ceria. Jadi, bila saya mendapat watak ini saya terpaksa melakonkannya dalam keadaan yang agak menyedihkan.

Pada masa yang sama, pihak produksi menyuruh pelakon itu memilih antara ‘Ji-Sophie Marceau’ atau ‘Little Song Hye-kyo’ sebagai nama panggilan kegemarannya. Jung Ji-so menjawab,

Wujudkah nama panggilan ‘Little Song Hye-kyo’ itu? Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah kamera kerana membuatkan saya kelihatan seperti Song Hye-kyo.

Jelasnya lagi,

Orang di sekeliling saya sering memanggil saya sebagai ‘Ji-Sophie Marceau’. Jadi, saya akan membenamkan nama panggilan ‘Little Song Hye-kyo’ itu dalam hati saya dan akan menjadikan nama ‘Ji-Sophie Marceau’ sebagai nama panggilan kegemaran saya.

Aww.. comel je Jung Ji-so ni sangat bersemangat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...