Ikuti Kami:

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Jung Jiso Seronok Lakonan Dalam ‘The Glory’ Dipuji Penonton

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Jung Jiso Seronok Lakonan Dalam ‘The Glory’ Dipuji Penonton

Selepas “The Glory”, pelakon Jung Ji-so semakin dikenali ramai kini dek lakonannya yang meninggalkan impak.

Terbaru, Jung Ji-so yang memainkan versi muda Moon Dong-eun, telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan Korea, di mana dia berkongsi impak “The Glory” buat dirinya.

Pada awalnya, pelakon itu bercakap tentang perasaannya dengan kejayaan luar biasa drama tersebut,

Sudah sepuluh tahun sejak saya debut dan saya telah terlibat dalam banyak produksi yang hebat tetapi ‘The Glory’ tidak seperti yang lain. Saya merasakan pencapaian yang hebat apabila saya mendapat pujian untuk lakonan saya. Saya bangga dengan diri sendiri apabila saya berfikir ‘Saya melakukan yang terbaik, saya sedang belajar, saya tidak mengecewakan sesiapa’.

Kemudian, pelakon “Parasite” itu turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan Song Hye-kyo, yang memainkan watak dewasa Moon Dong-eun,

Saya bertemu dengannya buat kali pertama di meja baca skrip dan tenaganya sangat mengagumkan. Saya tenggelam dan fokus pada setiap perkataan yang dia katakan. Ia seperti saya benar-benar dapat merasakan hati Dong-eun yang dingin dan berdendam.

jung jiso the glory

Bukan sahaja kagum dengan kemahiran lakonan seniornya itu malahan, Jung Ji-so juga kagum dengan bagaimana Song Hye-kyo melayannya di belakang tabir.

Dia melayan saya dengan baik, bukan sebagai seorang kanak-kanak, tetapi sebagai rakan sekerja.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada 10 Mac ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...