Ikuti Kami:

“Bila Bersama Suami Saya..” – Lee Hyori Dedah Saat Paling Bahagia Di Dalam Hidup

“Bila Bersama Suami Saya..” – Lee Hyori Dedah Saat Paling Bahagia Di Dalam Hidup

Ketika ditemu bual, Lee Hyo-ri telah mendedahkan bahawa dia kini sedang hidup bahagia bersama suaminya, Lee Sang-soon.

Pada 27 November, majalah fesyen “ELLE KOREA” telah mengeluarkan video temu bual bersama penyanyi Lee Hyo-ri di akaun YouTube mereka.

Di dalam video tersebut, Lee Hyo-ri telah menjawab beberapa soalan di mana antaranya ialah mengenai saat paling bahagia di dalam hidupnya.

Dia menjawab,

Saya rasa paling bahagia bila saya baring di atas sofa dan menonton ‘I Am Solo’ bersama suami saya. Saya juga rasa bahagia bila saya bawa anjing saya berjalan-jalan di hari yang cerah.

hyori (1)

Tambahnya,

Saya tak rasa yang saya ada masa untuk fikir tentang kebahagiaan saya bila saya buat sesuatu yang mendebarkan. Mungkin perkara ini yang membuatkan saya lebih bahagia jika saya berada dalam keadaan yang santai.

Tidak berhenti di situ, penyanyi ini juga turut mendedahkan rancangan hidupnya untuk 10 tahun yang akan datang.

Katanya,

Saya tak tahu apa yang saya akan lakukan lagi 10 tahun. Tapi, saya mungkin akan pergi ke sesuatu tempat macam Hollywood atau Himalaya bersama suami saya untuk buat yoga.

Comel je kan Lee Hyo-ri dengan suami dia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...