Ikuti Kami:

“BIGBANG Secara Praktikalnya Menghasilkan BTS” – Suga

“BIGBANG Secara Praktikalnya Menghasilkan BTS” – Suga

Baru-baru ini, Taeyang BIGBANG telah tampil sebagai tetamu istimewa dalam rancangan bual bicara Suga BTS “Suchwita”.

Khususnya dalam siaran tersebut, Suga meluahkan rasa kagumnya terhadap Taeyang dan kumpulan BIGBANG. Pada awalnya, ahli BTS itu berkata,

Saya rasa ia tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa BIGBANG secara praktikalnya menghasilkan BTS.

Tambah Suga lagi dengan memuji Taeyang,

Awak adalah seorang pemuzik yang saya ingin jadi semasa saya kecil. Awak tiada tandingan. Masa saya muda saya masih ingat, ketika sedang menonton awak di MAMA (Mnet Asian Music Awards), saya berkata ‘Saya mahu menjadi penyanyi seperti dia’. Itu apa yang saya katakan.

Bukan sahaja Suga, malahan keseluruhan kumpulan BTS nampaknya amat mengagumi BIGBANG. Kongsi Suga,

Semua ahli sangat menyayangi awak. Semasa kami muda, apabila Jung-kook cecah umur 20 tahun, kami berkata ‘jom keluar minum’ dan kami pergi ke pusat karaoke. Kami menyanyikan lagu ‘BANG BANG BANG’ kira-kira 100 kali dan juga telah menghafal keseluruhan koreografi lagu itu.

Memang ramai kan yang mengidolai BIGBANG?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...