Ikuti Kami:

‘Big Mouth’ Diterajui Lee Jongsuk & YoonA Sah Bakal Tayang Julai Ini

‘Big Mouth’ Diterajui Lee Jongsuk & YoonA Sah Bakal Tayang Julai Ini

Salah satu drama 2022 yang paling dinantikan iaitu “Big Mouth”, bakal menemui penonton tidak lama lagi!

Drama jenayah/misteri “Big Mouth” yang diterajui oleh Lee Jong-suk, Yoon-A, dan ramai lagi, telah mengesahkan tayangan perdananya pada Julai ini sebagai drama Jumaat-Sabtu di saluran MBC dan Disney+.

Pasukan produksi berkongsi,

Memandangkan penonton telah menunggu lama, kami akan bekerja keras supaya projek ini tidak mengecewakan jangkaan mereka, jadi sila nantikannya.

Sementara itu, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Yoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.

mbc big mouth

Tambahan, “Big Mouth” akan turut dibintangi oleh bintang hebat seperti Kim Joo-heon, Ok Ja-yeon, Yang Kyung-won dan Kwak Dong-yeon, meningkatkan lagi penantian untuk drama ini.

Nantikan “Big Mouth” akan ditayangkan pada Julai tahun ini, selepas tamatnya drama “Doctor Lawyer”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...