Ikuti Kami:

“Bidadari Tanpa Sayap” – IU Adakan Pesta Piza Buat Pelajar Kurang Upaya Pada Hari Kanak-Kanak

“Bidadari Tanpa Sayap” – IU Adakan Pesta Piza Buat Pelajar Kurang Upaya Pada Hari Kanak-Kanak

Betul lah orang cakap, dalam rezeki kita pasti akan ada rezeki orang lain juga kan?

Pada 4 Mei, Yayasan Kebajikan Milal telah mengumumkan bahawa penyanyi dan pelakon IU telah menghadiahkan piza kepada pelajar Sekolah Milal, sempena sambutan Hari Kanak-Kanak.

Selepas menghantar trak makanan ke set rakaman muzik video IU pada bulan Mac, penyanyi wanita itu terus meneruskan hubungan baiknya dengan sekolah tersebut dengan memberikan ‘pesta piza’ kepada semua pelajar di situ.

IU donate

Menurut wakil dari Sekolah Milal,

IU menghadiahkan pesta piza untuk pelajar Sekolah Milal pada Hari Kanak-Kanak. Kami sangat berterima kasih kepada IU kerana menunjukkan hati yang baik untuk kanak-kanak kurang upaya, walaupun semasa jadualnya yang sibuk.

Sementara itu, netizen yang mendengar berita ini terus memuji kebaikan IU dan pengaruh positifnya kepada orang ramai.

Murah hati sangat IU kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...