Ikuti Kami:

“Biadap” – Selamba Pakai Baju Kalimah Allah, Yujin KEP1ER Teruk Dikecam Netizen

“Biadap” – Selamba Pakai Baju Kalimah Allah, Yujin KEP1ER Teruk Dikecam Netizen

Baru-baru ini, salah seorang ahli KEP1ER iaitu Yu-jin telah teruk menerima kecaman.

Khususnya dalam foto yang dimuat naik, Yu-jin dilihat memakai t-shirt hitam yang memaparkan kalimah Allah, Muhammad dan imej Kaabah.

Perkara ini semestinya telah mengundang kemarahan netizen terutamanya umat Islam, kerana ia dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.

Bahkan ini bukanlah kali pertama isu ini berlaku kerana sebelum ini, Ina dari kumpulan BADVILLAIN teruk dihentam kerana memakai baju yang sama. Namun, dia sudah pun meminta maaf menerusi laman Bubble.

Dengan ini, ramai turut mendesak agar Yu-jin tampil membuat permohonan maaf dengan segera sekaligus kecewa dengan tindakannya yang biadab.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...