Lumrah menjadi pelakon, pastinya akan ada kritikan yang diberikan dalam setiap naskhah lakonan.

Sama seperti yang dilalui Yoo Teo, apabila ada yang mengkritik gaya lakonannya dalam “Love To Hate You”. Komen lelaki itu menerusi sebuah temubual rasmi mengenai hal itu,
Saya membaca semua maklum balas, seperti ‘Kenapa sebutan awak sangat teruk’ dan ‘Lakonan awak kaku’. Saya merasakna ia merupakan komen paling jujur terhadap lakonan saya. Terima kasih.
Jawabnya lagi pada wartawan sambil tertawa,
Memang benar pun kenapa awak bertanya dengan berhati-hati?
Untuk pengetahuan, “Love To Hate You” ialah sebuah komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik berantaman sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain.
Betul-betul jujur ni..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉