Ikuti Kami:

“Ada Banyak Babak Ciuman” – Yoo Teo Kongsi Komen ‘Tajam’ Isteri Lepas Tonton ‘Love To Hate You’

“Ada Banyak Babak Ciuman” – Yoo Teo Kongsi Komen ‘Tajam’ Isteri Lepas Tonton ‘Love To Hate You’

Sepertinya semua sedang mengalami mood cinta kini apabila pelbagai drama romantik Korea seperti “Love To Hate You” meniti di bibir ramai.

Dalam sebuah temubual eksklusif, teraju utamanya iaitu Yoo Teo berkongsi dengan lebih lanjut kisah di sebalik tabir siri Netflix itu.

Untuk pengetahuan, lelaki itu membawa watak Nam Kang-ho iaitu seorang selebriti terkenal namun mempunyai masalah mendekati wanita dewasa.

yoo teo

Disebabkan melakonkan watak utama, sudah semestinya akan ada adegan romantik bersama pelakon wanita. Ulasnya mengenai babak ciuman dengan watak yang banyak,

Ianya tak sukar. Tapi, saya tergelak apabila terfikir saya mencium bukan hanya Yeo Mi-ran (Kim Ok-vin) dan Do Won-joon (Kim Ji-hun) tapi beberapa watak lain juga. ‘Si Hebat Melo’ katanya? Haha, saya hanya terbayang bahawa saya pandai berlakon melodrama. Biasanya, saya sangat sukakan melodrama malah ada yang mengatakan lakonan melankolia adalah kekuatan saya kini.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Niki,

Reaksi isteri saya? Dia sangat tegas. Dia seorang pengkritik yang paling menakutkan. Dia akan memberitahu bila awak lakukan dengan baik dan akan beritahu secara terus apabila awak awak tak melakukan dengan baik.

netflix love to hate you

Kalau ada yang belum tahu, Yoo Teo sudah 16 tahun berkahwin dengan Niki S. Lee iaitu seorang artis fotografi yang 11 tahun lebih tua darinya.

Siapa lagi yang akan memberikan respon jujur melainkan isteri sendiri, ya tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...