Ikuti Kami:

“Ia Merangsangkan..” – Popular Kini, Yoo Teo Kongsi Sebab ‘Love To Hate You’ Disukai Ramai

“Ia Merangsangkan..” – Popular Kini, Yoo Teo Kongsi Sebab ‘Love To Hate You’ Disukai Ramai

Sempena bulan cinta ini, pastinya ramai yang teringin menonton drama Korea yang romantik kan?

Rasanya disebabkan itu, drama “Love To Hate You” di Netflix berjaya menambat hati ramai hingga trending di serata media sosial kini.

Menerusi sebuah temubual eksklusif, Yoo Teo yang merupakan pelakon utama siri berkenaan telah berkongsi lebih mengenainya.

Saya menyukai harmoni di antara semua rasanya. Setelah beberapa lama, saya merasai kepedasan jadi sudah sampai masanya untuk merasai kemanisan pula. Sebab itu, saya memilih untuk membintangi ‘Love To Hate You’.

netflix love to hate you

Ulasnya mengenai elemen yang mungkin disukai penonton global,

Kandungan Korea sangat menyeronokkan dan kadang kala mengghairahkan dan rangsangan itu membuatkan ia mendapat perhatian ramai. Malah genre komedi romantik merupakan sesuatu yang pandai dihasilkan oleh Korea sejak dahulu lagi.

Dalam pada itu, perjelas Yoo Teo mengenai persona siri ini,

Ianya menyeronokkan dan komedi romantik yang memeriahkan serta boleh ditonton dengan sesiapa, tak kisah bersama rakan atau keluarga.

netflix love to hate you

Setakat hari ini, “Love To Hate You” menduduki tangga ke-4 dalam ranking global Netflix selepas 4 hari tayangan.

Untuk pengetahuan, ini ialah sebuah komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik berantaman sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...