Ikuti Kami:

“Best Jadi Selebriti” – Kim Jongkook Dibayar RM33 Ribu Bagi Setiap Episod ‘My Little Old Boy’?

“Best Jadi Selebriti” – Kim Jongkook Dibayar RM33 Ribu Bagi Setiap Episod ‘My Little Old Boy’?

Secara tiba-tiba perihal bayaran ahli panel program SBS iaitu “My Little Old Boy” menjadi bualan ramai.

Ini berikutan satu entri di laman komuniti bertajuk “Wow, saya terkejut melihat bayaran kemunculan ‘My Little Old Boy'” yang tular baru-baru ini. Di dalam entri itu, individu tersebut mendedahkan anggaran bayaran buat selebriti dan ibu mereka.

Katanya, pengacara Shin Dong-yup menerima 20 juta won (RM66,700) setiap episod manakala Seo Jang-hoon, Lee Sang-min dan Kim Jong-kook pula sebanyak 10 juta won (RM33,300). Buat yang lain, Kim Hee-chul dikhabarkan menerima 7 ke 8 juta won (RM26,600), Tak Jae-hoon dan Kim Jun-ho dalam 5 juta won (RM16,600) dan Im Won-hee pula dalam anggaran 3 juta won (RM10,000).

sbs my little old boy

Dedah individu itu lagi,

Bayaran buat para ibu yang menyertai panel ‘My Little Old Boy’ pula antara 2 ke 3 juta won. Ianya agak tinggi berbanding gaji yang diterima orang biasa.

Komen netizen,

Sejujurnya, bukankah ia terlalu banyak? Bayangkan muncul setiap minggu, mereka akan dapat 4 juta sebulan.

 

Sebab itu, kita tak perlu risaukan hal selebriti.

 

Bayaran untuk para ibu sebegitu tinggi? Wow.

 

Bestnya jadi selebriti.

 

Janga terlalu cemburu, cuba jadi selebriti dulu.

 

Mereka hanya perlu pergi ke beberapa festival universiti untuk mendapatkan beribu won.

 

Sesetengah pelakon dibayar beratus juta won bagi setiap episod.

Walau bagaimanapun, pendedahan ini hanyalah dakwaan sahaja dan tidak diambil berdasarkan informasi sahih.

Bukan sikit tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...