Ikuti Kami:

Berusia 15 Tahun, Idola Perempuan Muslim Pertama Bakal Debut?

Berusia 15 Tahun, Idola Perempuan Muslim Pertama Bakal Debut?

Seiring perkembangan K-Pop yang kian mendunia sejak tahun 2008, sudah pasti ramai anak-anak dahulu yang membesar dengan muzik dari Korea Selatan itu.

Bukan sahaja uji bakat secara terus di agensi hiburan ternama Korea namun kebanyakan program survival idola di sana kini sudah pun membuka ruang dan peluang buat individu dari luar negara supaya mencuba bakat untuk menyertai kumpulan idola baru.

Sama seperti “Universe Ticket” di bawah saluran SBS, mereka mengumumkan puluhan pelatih dari serata Asia Tenggara yang nyata akan mengembangkan lagi K-Pop di serata Asia. Telah pun mendedahkan 82 peserta, antara dari mereka berasal dari negara yang jarang menyertai kumpulan idola Korea seperti dari Myanmar, Vietnam, Mongolia, Filipina, Laos dan banyak lagi.

vanesya

Antara salah satu peserta yang menarik perhatian ramai ialah Vanesya dari Indonesia. Ini kerana khabarnya gadis ini lahir pada tahun 2008 sekaligus menjadikan dia berusia 15 tahun. Malah menurut entri di TikTok, Vanesya dikatakan beragama Islam sekaligus menjadikan dia idola pelatih perempuan Muslim.

Apa pun, ini hanya telahan peminat dari negara seberang sahaja dan masih tiada lagi info rasmi yang lebih lanjut didedahkan mengenai setiap pelatih.

Dalam pada itu, 8 orang peserta yang berjaya debut menerusi “Universe Ticket” akan bergerak dalam satu kumpulan bawah naungan FNF Entertainment selama dua tahun setengah.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...