Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Samalah seperti Kang Ki-doong yang berjaya membintangi dua drama popular dalam masa yang sama.
Biasa membawa watak sampingan dalam drama popular lain seperti “It’s Okay To Not Be Okay”, “Romance Is A Bonus Book”, “The King: Eternal Monarch” dan lain-lain namun lelaki itu kelihatan agak senyap pada tahun ini.
Pun begitu, sebelum 2022 tamat, Kang Ki-doong meninggalkan impak yang besar apabila menerajui dua drama dalam slot tayangan yang sama iaitu “The First Responders” di SBS dan “Reborn Rich” di JTBC kini.
Malah lelaki itu membuktikan bakat lakonan yang versatil apabila boleh berlakon sebagai abang yang hiperaktif dan pembantu detektif yang berkebolehan dalam drama yang berbeza.
Hebat kan Kang Ki-doong?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.