Ikuti Kami:

Bertahun Sudah Berlalu, Ini Wajah Beberapa Anak Cilik Dari ‘The Return Of Superman’ Sekarang

Bertahun Sudah Berlalu, Ini Wajah Beberapa Anak Cilik Dari ‘The Return Of Superman’ Sekarang

Rancangan realiti hiburan “The Return of Superman” sangat popular kerana gelagat anak-anak selebriti yang comel.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan gambar anak-anak selebriti yang dahulunya masih kecil, tetapi sekarang ada yang sudah hampir dewasa.

Daehan, Minguk, Manse 

daehan minguk manse 2023

Kembar tiga ini antara yang sangat popular di dalam “The Return of Superman”. Bukan sahaja comel, malah, penonton dapat lihat kebijaksaan mereka bertiga. Selepas keluar daripada rancangan itu, penonton sudah kurang mengetahui perkembangan semasa kembar tiga berkenaan. Pada tahun 2021, Song Il-kook berkata bahawa dia kurang berkongsi kerana kembar tiga tidak begitu menikmati perhatian daripada orang ramai.

Pada 16 Mac 2023, Daehan, Minguk dan Manse sudah mencapai umur 11 tahun.

Choo Sarang 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHIHO (@shiho_style)

Choo Sarang boleh dikatakan agak rapat dengan kembar tiga. Semasa musim “The Return of Superman” mereka ditayangkan, kita boleh lihat banyak kali dua keluarga ini bersama. Pada 24 Oktober yang lalu, Choo Sarang secara rasminya berumur 12 tahun. Kedua ibu bapa Choo Sarang gembira untuk memuat naik gambar anak mereka di laman media sosial. Jadi, peminat boleh melihat perkembangan serta aktiviti semasa Choo Sarang.

Seoeon, Seojun

Kedua-dua Seo-eon dan Seo-jun baru berusia beberapa bulan ketika mereka mula-mula diperkenalkan. Lee Hwi-jae pada mulanya menghadapi masa yang sukar untuk menangani keperluan anak-anaknya, sehingga dia menangis semasa penggambaran.

Pada tahun 2020, pasangan kembar itu memasuki sekolah rendah dan ibu mereka berkongsi bahawa kakitangan “The Return of Superman” meraikan mereka dengan menghantar kek. Kini mereka sudah berusia 10 tahun, Seo-eon dan Seo-jun terus menjaga antara satu sama lain dan kelihatan seronok melakukan pelbagai aktiviti seperti yang dikongsi di laman Instagram mereka.

Lee Haru

the return of superman now

Tablo dari Epik High ialah salah seorang ahli “The Return of Superman” pada 2013. Dia memperkenalkan anak perempuannya Haru yang berusia 3 tahun kepada kumpulan lelaki popular seperti BigBang dan Winner semasa penggambaran.

Peminat tidak akan melupakan rasa cinta Haru terhadap G-Dragon, malah memberinya ciuman di pipi sebelum penyanyi popular itu membuat persembahan. Selepas meninggalkan rancangan itu, Tablo terus mengemas kini tentang kehidupan Haru di akaun Instagram yang dibuatnya bernama @tabloisdad. Dengan Haru kini berusia 13 tahun, posting terakhir di laman Instagram itu dilihat dikemas kini setakat tahun 2019 sahaja.

Jaesi, Jaeah, Seolah, Suah, Sian

the return of superman now

Apabila 5 beradik ini mula diperkenalkan dengan rancangan tersebut, ramai peminat terkejut apabila mendapat tahu pemain bola sepak, Lee Dong-gook merupakan bapa kepada 2 pasangan kembar dan seorang anak lelaki. Pada mulanya, dia tidak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan gadis kembarnya, Jae-si dan Jae-ah, yang berusia 8 tahun pada masa itu.

Ketika itu, Seol-ah dan Su-ah baru berumur 2 tahun manakala Si-an si bongsu mereka, yang lebih dikenali sebagai ‘daebak’, baru berusia beberapa bulan. Walaupun persembahan itu lebih tertumpu kepada 3 adik beradik itu, Jae-si dan Jae-ah terus membuat penampilan sekali-sekala dalam rancangan itu selama bertahun-tahun.

Cepat betul kan masa berlalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...